Explore more publications!

Bitget Menduduki Tempat Ke-2 Global bagi Aliran Masuk CEX Bulanan, Menarik AS$1.78 Bilion, Sahkan DefiLlama


VICTORIA, Seychelles, Nov. 14, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) --  Bitget, Pertukaran Universal (UEX) terbesar di dunia, telah mengeluarkan Laporan Ketelusan bagi Oktober 2025, yang menunjukkan satu lagi bulan rekod dari segi aliran masuk institusi, inovasi produk dan pertumbuhan komuniti global. Penemuan ini menegaskan bagaimana model UEX Bitget terus mentakrif semula landskap kewangan moden dengan menyatukan ketepatan berpusat, inovasi terdesentralisasi dan kebolehcapaian dunia nyata dalam satu ekosistem yang lancar.

Sorotan utama laporan tersebut ialah kajian bersama Bitget x Nansen, yang mendedahkan lonjakan AS$23.1 bilion dalam kecairan institusi yang mengalir melalui bursa tersebut. Penyelidikan menunjukkan bahawa penyertaan institusi dalam pasaran spot Bitget meningkat daripada 39.4% pada Januari kepada 72.6% pada Julai, manakala aktiviti pembuat pasaran (market-maker) niaga hadapan meningkat daripada 3% kepada 56.6% dalam tempoh yang sama. Data Nansen meletakkan Bitget dalam dua bursa teratas dunia dari segi volum dagangan institusi merentasi pasangan BTC, ETH, SOL dan XRP, sambil memetik kecairan mendalam serta infrastruktur maju sebagai pemacu utama perubahan tersebut.

Laporan itu turut menonjolkan peningkatan berterusan Bitget dalam kedudukan pasaran global. Menurut papan pemuka Ketelusan CEX DefiLlama, Bitget berada di tangga No. 2 global bagi aliran masuk aset bulanan, mencatat aliran masuk bersih AS$1.78 bilion dan jumlah rizab sebanyak AS$7.83 bilion pada Oktober. Lebih ketara, rizab Bitcoin Bitget meningkat daripada 28.6K BTC kepada 30.3K BTC, pertumbuhan bulanan sebanyak 6%, bertentangan dengan trend industri yang menyaksikan pengecilan rizab bursa berpusat. Pertumbuhan berterusan ini menonjolkan integriti modal Bitget yang konsisten serta tahap kepercayaan pengguna yang kukuh meskipun dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

Barisan produk Bitget turut memperluas capaian ke dalam kelas aset baharu. Niaga Hadapan Saham AS platform itu telah melepasi AS$1 bilion dalam volum dagangan terkumpul, memberikan pengguna pendedahan kepada kontrak kekal sintetik yang dipautkan kepada ekuiti global seperti Apple, Tesla dan NVIDIA. Pencapaian ini mengukuhkan lagi pengaruh Bitget yang semakin berkembang pada persimpangan antara pasaran tradisional dan digital, di samping memacu visi UEX untuk kebolehcapaian pelbagai aset.

Pembantu AI utama syarikat itu, GetAgent, turut memperkenalkan “Ask Satoshi,” sebuah kempen interaktif bagi meraikan ulang tahun ke-17 Kertas Putih Bitcoin. Aktivasi ini membolehkan pengguna berinteraksi secara masa nyata dengan simulasi AI pencipta Bitcoin yang tidak dikenali itu, sekaligus mencetuskan rasa ingin tahu dan perbualan dalam komuniti global sambil menonjolkan gabungan pendidikan, teknologi dan budaya oleh Bitget.

Bitget Wallet turut mencapai kemajuan ketara ke arah kebolehgunaan arus perdana dengan melancarkan abstraksi gas berbilang rantaian, membolehkan pengguna membayar yuran menggunakan USDT, USDC atau BGB merentasi pelbagai rangkaian. Integrasi tambahan dengan HyperEVM dan Plasma turut meningkatkan kebolehcapaian rentas-rantaian, menjadikan Bitget Wallet antara gerbang industri paling serba boleh bagi aktiviti on-chain dan penjagaan sendiri

Di luar teknologi, Bitget meneruskan komitmennya terhadap pendidikan dan pemberdayaan belia melalui inisiatif impak sosial. CEO Gracy Chen menyertai Global Game Jam anjuran UNICEF, menggalakkan pembangun muda meneroka potensi blockchain untuk kebaikan sosial, manakala kerjasama syarikat dengan Google Developer Group di KU Leuven menghimpunkan inovasi AI dan blockchain dalam “AI Accelerate Hack.”

Gracy Chen, CEO Bitget, berkata“Evolusi kami sebagai Universal Exchange dipandu oleh kemajuan berterusan dan keinginan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada para pengguna. Daripada kecairan institusi dan pasaran bertokenisasi hinggalah kepada dagangan dipacu AI dan aktivasi budaya, setiap pencapaian membawa kami semakin hampir kepada masa depan kewangan yang lebih terbuka dan pintar. UEX bukan sekadar satu model, ia adalah cara kami membina era baharu kewangan global.”

Laporan Ketelusan Bitget bagi Oktober 2025 menggambarkan sebuah syarikat yang sedang berkembang pesat, meluaskan kecairan, memperluas akses, serta merapatkan jurang antara kewangan tradisional dan terdesentralisasi melalui inovasi, ketelusan dan keterangkuman. Seiring evolusi UEX, Bitget kekal di barisan hadapan dalam usaha menjadikan kewangan bersambung secara universal dan boleh diakses oleh semua.

Baca laporan ketelusan penuh di sini.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada 2018, Bitget merupakan Universal Exchange (UEX) terbesar di dunia, menyediakan lebih 120 juta pengguna dengan akses kepada jutaan token kripto, saham bertoken, ETF dan aset dunia nyata lain di dalam satu platform. Ekosistem ini komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui alat dagangan yang berkuasa AI, kesalingoperasian antara token di rangkaian Bitcoin, Ethereum, Solana dan BNB Chain serta akses yang lebih luas kepada aset dunia sebenar. Di bahagian terdesentralisasi, Bitget Wallet beroperasi sebagai dompet kripto bukan jagaan terkemuka yang menyokong lebih 130 blockchain serta jutaan token. Ia menawarkan perdagangan berbilang rantaian, pertaruhan, pembayaran dan akses terus kepada lebih 20,000 DApp dengan pertukaran termaju serta cerapan pasaran yang disepadukan dalam platform tersebut.

Bitget sedang memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM. Selaras dengan strategi impak globalnya, Bitget telah bekerjasama dengan UNICEF untuk menyokong pendidikan blockchain kepada 1.1 juta individu menjelang tahun 2027. Dalam dunia sukan permotoran, Bitget ialah rakan kongsi rasmi pertukaran mata wang kripto eksklusif bagi MotoGP™, salah satu kejohanan paling mendebarkan di dunia.

Untuk maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com 

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka bersedia tanggung jika berlaku kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa didapatkan dan pengalaman dan kedudukan kewangan peribadi perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Penggunaan kami.

Foto yang mengiringi pengumuman ini boleh didapati di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/7a571e00-4676-4f7f-9668-ca8467bbc249


Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms & Conditions