Bitget Menyenaraikan Planck (PLANCK) dengan Ganjaran Token bernilai lebih daripada 3.1 Juta

VICTORIA, Seychelles, Nov. 17, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, Universal Exchange (UEX) terbesar di dunia, mengumumkan penyenaraian Planck (PLANCK) dalam Zon Inovasi, AI dan DePIN, sekali gus menambahkannya ke dagangan spot. Dagangan bagi pasangan PLANCK/USDT bermula pada 13 November 2025, jam 14:00 (UTC), dengan pengeluaran tersedia mulai 14 November 2025, jam 15:00 (UTC).
Untuk meraikan penyenaraian tersebut, Bitget akan menjalankan kempen PoolX dari 15 November 2025, jam 10:00 hingga 19 November 2025, jam 10:00 (UTC), dengan jumlah keseluruhan sebanyak 1,300,000 PLANCK. Pengguna yang ingin menyertai kempen tersebut hanya perlu mengunci BTC, dengan had minimum penguncian sebanyak 0.0001 BTC sehingga maksimum 20 BTC, untuk peluang memenangi 1,300,000 PLANCK. Selain itu, pengguna yang menyertai kempen POOLX berpeluang menikmati 5% "BTC Earn APR Boost". Untuk layak, pengguna perlu menyertai kempen dalam tempoh yang dinyatakan di atas dan mempunyai deposit bersih dari 14 November 2025, jam 6:00 hingga 17 November 2025, jam 6:00 (UTC).
Selain itu, Bitget akan menjalankan kempen CandyBomb dengan jumlah keseluruhan sebanyak 1,820,000 PLANCK untuk dimenangi. Aktiviti pertama dalam kempen CandyBomb berlangsung dari 13 November 2025, jam 14:00 hingga 20 November 2025, jam 14:00 (UTC), dengan jumlah "airdrop pool" sebanyak 1,020,000 PLANCK. Pengguna baharu dalam "spot trading pool" PLANCK berpeluang merebut sebahagian daripada 400,000 PLANCK, manakala semua pengguna lain layak untuk sebahagian daripada 620,000 PLANCK. Dalam aktiviti kedua, pengguna yang layak boleh berdagang PLANCK dan ETH untuk memperoleh sebahagian daripada 800,000 PLANCK dari 13 November 2025, jam 14:00 hingga 23 November 2025, jam 14:00 (UTC).
Akhir sekali, kempen komuniti akan berlangsung dari 13 November 2025, jam 14:00 hingga 20 November 2025, jam 14:00 (UTC), menawarkan sejumlah 60,000 PLANCK tambahan untuk dikongsi antara 600 pengguna yang layak. Untuk menyertai, pengguna perlu menjadi ahli kedua-dua Bitget Telegram dan BGB Holders Group, mendaftar, membuat deposit bersih melebihi 100 USDT serta melengkapkan sebarang dagangan spot PLANCK/USDT.
Planck Network ialah blok rantai lapisan-0 pertama di dunia untuk AI dan DePIN, yang menyediakan infrastruktur pengkomputeran berskala dan kos efektif bagi aplikasi AI terdesentralisasi. Dengan seni bina modular dua lapisan, GPU bertaraf perusahaan serta ekosistem token yang kukuh, Planck Network sedang mentakrifkan semula persimpangan antara blok rantai, AI dan infrastruktur fizikal.
Universal Exchange (UEX) Bitget menggabungkan infrastruktur bertaraf bursa dengan akses OnChain, memberikan pengguna satu akaun tunggal untuk menerokai dan berdagang berjuta-juta token merentasi rangkaian terkemuka. Walaupun gerbang terbuka ini membolehkan akses pasaran yang luas tanpa halangan penyenaraian tradisional, penyenaraian Bitget menonjolkan satu tahap aset yang berbeza — projek dengan sokongan sebenar, utiliti yang jelas, komuniti yang kukuh serta sokongan rakan kongsi. Secara keseluruhannya, UEX menawarkan keluasan dan kualiti: penerokaan universal berskala besar serta peluang terpilih untuk pengguna yang lebih gemar menerokai keluasan dunia kripto. Penambahan Planck (PLANCK) seterusnya memperluas peluang ini, sekali gus mengukuhkan peranan Bitget dalam memperluas akses kepada projek AI dan infrastruktur generasi baharu dalam ekosistem UEX.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen PoolX Planck (PLANCK) ini, sila layari di sini.
Perihal Bitget
Ditubuhkan pada 2018, Bitget ialah Universal Exchange (UEX) terbesar di dunia, berkhidmat kepada lebih 120 juta pengguna dengan akses kepada berjuta-juta token kripto, saham bertoken, ETF dan aset dunia sebenar yang lain, sambil menawarkan akses masa nyata kepada harga Bitcoin, harga Ethereum harga XRP serta harga mata wang kripto lain, semuanya di satu platform tunggal. Ekosistem ini komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui alat dagangan yang berkuasa AI, kesalingoperasian antara token di rangkaian Bitcoin, Ethereum, Solana dan BNB Chain serta akses yang lebih luas kepada aset dunia sebenar. Di bahagian terdesentralisasi, Bitget Wallet berfungsi sebagai dompet kripto tanpa jagaan terkemuka yang menyokong lebih daripada 130 rangkaian blok rantai dan jutaan token. Ia menawarkan perdagangan berbilang rantaian, pertaruhan, pembayaran dan akses terus kepada lebih 20,000 DApp dengan pertukaran termaju serta cerapan pasaran yang disepadukan dalam satu platform tunggal.
Bitget sedang memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM. Selaras dengan strategi impak globalnya, Bitget telah bekerjasama dengan UNICEF untuk menyokong pendidikan blockchain bagi 1.1 juta individu menjelang tahun 2027. Dalam dunia sukan permotoran, Bitget merupakan rakan eksklusif bursa mata wang kripto bagi MotoGP™, salah satu kejohanan paling mendebarkan di dunia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: Laman Web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet
Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com
Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka sanggup tanggung jika mengalami kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa didapatkan dan pengalaman dan kedudukan kewangan peribadi perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Terma Penggunaan kami.
Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/3bd73834-af84-451f-911e-af3754219529
Legal Disclaimer:
EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.
